Zakat bukan hanya memberi, tetapi ubah kehidupan - Utusan Malaysia

Zakat bukan hanya memberi, tetapi ubah kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganugerahkan enam penerima zakat baitulmal dengan gelaran ikon usahawan dan ikon pendidikan berikutan kejayaan mereka mengeluarkan diri daripada kemiskinan melalui bidang yang diceburi.

KUALA LUMPUR 3 JULAI 2019 – Penerima Ikon Akademik Baitulmal, Nuryn Zhafaryna Mohd Fahros ketika ditemuramah pada Majlis Aidilfitri Semarak Syawal 2019 di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.GAMBAR : FAISOL MUSTAFAPEMBERITA : HAWA (AM UTUSAN)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia membuktikan bahawa zakat bukan sekadar memberikan bantuan semata-mata, sebaliknya bantuan yang diberikan bermatlamat untuk mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan dan akhirnya menjadi pembayar zakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha gigih MAIWP dalam memperkasa golongan penerima zakat adalah selari dengan cita-cita saya yang mahu menyaksikan institusi zakat ini bukan sahaja dilihat sebagai tempat membayar dan menyerahkan wang-wang zakat tanpa sebarang perkembangan positif.

“Cita-cita saya agar suatu masa, para penerima zakat ini suatu masa kelak hasil program-program latihan dan bimbingan dari pusat-pusat zakat bakal menjadi pembayar zakat untuk membantu lebih ramai golongan tidak berkemampuan.

“Inilah maqasid zakat disyariatkan. Islam tidak mahu melihat umatnya hanya menunggu mengharapkan bantuan sebaliknya penerima bantuan itu sendiri harus berusaha dan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup, keluar daripada kepompong kemiskinan dan berazam untuk menjadi pembayar zakat pula,” katanya

Tambah Mujahid, dalam penyaluran bantuan zakat, MAIWP tidak seharusnya menunggu asnaf untuk hadir ke pejabat zakat bagi mendapatkan bantuan sebaliknya perlu proaktif turun padang mendekati dan menyantuni mereka.

“Dalam hal ini, saya difahamkan MAIWP telah mempunyai Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP yang turun padang mencari dan menjejaki golongan asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan.

“Tahniah diucapkan dan saya berharap Skuad ini akan diperkasakan agar mereka dapat turun padang dengan lebih meluas dan akhirnya lebih ramai asnaf dapat disantuni,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini