Wujudkah harapan buat sang pendosa? - Utusan Malaysia

Wujudkah harapan buat sang pendosa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap insan di muka bumi ini pasti pernah melakukan dosa sama ada besar mahupun kecil kerana tiada manusia yang dilahirkan sempurna tanpa sebarang kekhilafan.

Namun, lama-kelamaan hati insan yang membuat dosa sudah pastinya merasa gundah gulana kerana tidak tenang akan kesalahan dan perbuatan yang dilakukan tanpa keredhaan Allah.

Persoalan yang sentiasa bermain difikiran mereka sama ada masih wujudkah peluang atau pintu untuk bertaubat dan kembali mendapat keredhaan Allah meskipun sudah pernah melakukan dosa sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun jangan bimbang, kerana Allah pernah menyatakan bahawa dia sentiasa membuka pintu taubat pada waktu malam kepada sang hamba yang melakukan dosa pada siangnya, dan membuka pintu taubat pada waktu siang bagi hamba-Nya yang melakukan dosa pada waktu malam.

Perkara ini telah tertulis di dalam firman Allah iaitu “Katakanlah (Wahai Nabi Muhammad), ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap dirinya sendiri (dengan perbuata-perbuatan maksiat) janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.” (Surah al-Zumar 39: 53).

Harapan untuk kita yang sentiasa leka melakukan dosa selalu ada dan bukan hanya sekali diberikan peluang, jatuh, bangun lagi sehinggalah kita mampu berlari kepada Tuhan.

Pengampunan Allah itu sunggah luar biasa, bagi mereka yang tidak putus dengan rahmat-Nya walaupun dia seorang pelacur dan penjual tubuh jalanan.

Namun, jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan, kerana apa yang pasti, saat ajalmu tidak menunggu taubat daripada insan kerdil seperti kita. Tentu sahaja tidak dapat dinafikan betapa Allah sangat penyayang terutamanya kepada para hamba yang melakukan dosa dan menyegerakan meminta keampunan kepada Allah.

sumber: buku Kuintai cinta diteratak cita-cita oleh Abdul Hadi Haji Mohamad

sumber gambar hiasan: pexel.com

HABIS//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini