Warga emas mati dalam kereta akibat sakit jantung - Utusan Malaysia

Warga emas mati dalam kereta akibat sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang lelaki warga emas berusia 58 tahun meninggal dunia di dalam kereta akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan dari arah Rembau ke Pengkalan Kempas Linggi dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa, Lai Chee Kee dalam perjalanan ke rumahnya menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

“Anak saudara mangsa yang turut menaiki kenderaan itu memaklumkan mangsa tiba-tiba sukar bernafas dan mengadu sakit di bahagian dada sebelum memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kematian Chee Khee disahkan oleh Pegawai Kesihatan Kesihatan Linggi dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini