Warga emas, anak lelaki melecur kebakaran di Menglembu - Utusan Malaysia

Warga emas, anak lelaki melecur kebakaran di Menglembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya melecur dalam usaha menyelamatkan diri selepas rumah yang didiami mereka terbakar di Jalan Menglembu Timur 4, Menglembu di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah malam itu, mangsa yang berusia 70-an dan anaknya berumur 40-an itu masing-masing melecur di bahagian badan dan tangan serta kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.04 tengah malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di lokasi, kedua-dua mangsa bagaimanapun telah diselamatkan oleh orang awam yang segera menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka menyedari kebakaran berlaku.

“Wanita tersebut melecur kira-kira 40 peratus pada bahagian tangan dan kepala manakala anaknya melecur 75 peratus pada bahagian badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohamad Fadzeli, mereka berdua kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

“Anggota bertindak memadamkan kebakaran dengan bantuan Bomba Sukarela Pekan Baru sehingga ia dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Rumah tersebut terbakar kira-kira 80 peratus dan pemeriksaan mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bahagian ruang tamu dan ia merebak dengan cepat ke bahagian lain,” katanya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini