Wanita rancang majlis perkahwinan 'bercahaya' bersama lampu candelier - Utusan Malaysia

Wanita rancang majlis perkahwinan ‘bercahaya’ bersama lampu candelier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang wanita, Amanda Liberty merancang mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran bersama lampu candelier pujaannya, lapor portal berita Mirror.co.uk kelmarin.

Liberty, 35, yang berasal dari Leeds menghidap sindrom objectum sexual menyebabkan dia tertarik pada objek. Dia menamakan lampu candelier tersebut sebagai Lumiere.

“Saya nekad untuk mengadakan majlis perkahwinan kami bagi membuktikan bahawa saya ada di sisi Lumiere dan cinta saya akan bertahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pasti gaun apa yang akan saya pakai. Saya akan menjemput mereka yang paling rapat dengan kami.

“Saya juga akan membeli cincin perkahwinan untuk Lumiere dan diri sendiri,” kata Liberty .

“Saya tahu ramai orang menganggap saya pelik kerana tertarik kepada candelier tetapi saya bukan gila,” tambahnya.

Selepas membeli Lumiere secara online dari Jerman, Liberty memasang semula lampu berusia 91 tahun itu. Dia berkata, hubungan cinta mereka semakin kukuh di sebalik perbezaan usia sebanyak 57 tahun.

“Saya membayar £400 (RM2,061) untuk penghantaran Lumiere dari Eropah dan ia adalah cinta pandang pertama,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini