KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala dua rakannya parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 447 Lebuh Raya Utara Selatan dari Sungai Buloh menghala ke Rawang dekat awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa Liyana Azri Inrahim, 31, maut di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk penumpang.
Menurut jurucakap polis, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca apabila sebuah kenderaan empat roda (4WD) jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar belakang kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa di lorong perlahan.
Ujarnya, berikutan kejadian itu menyebabkan Liyana Azri tersepit di tempat duduk bahagian tempat duduk penumpang belakang.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka disahkan maut selepas dikeluarkan oleh pihak Bomba.
“Dua lagi rakannya yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut dan proses bedah siasat mangsa dilakukan di hospital sama,” katanya di sini hari ini.
Tambah jurucakap polis, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE











