JERANTUT 9 Julai – Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Kampung Lata Kasah di sini malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hasan berkata, dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta jenis Perodua Viva.
“Enam anggota bomba Jerantut bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa-mangsa.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mangsa yang cedera dan meninggal dunia itu diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Jerantut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











