Wanita cedera tong gas meletup - Utusan Malaysia

Wanita cedera tong gas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Seorang wanita mengalami kecedeaan selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup dalam kejadian di rumahnya di Taman Kota Masai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.36 pagi itu turut menyebabkan beberapa bahagian rumah termasuk pintu dan tingkap kaca pada bahagian dapur selain ruang tamu serta bumbung mengalami kerosakan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Razali Husin, identiti mangsa tidak diketahui dan wanita tersebut dibawa keluar oleh jiran-jirannya sebelum ketibaan pihak bomba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak bomba membuat size up di lokasi kejadian. Bomba mendapati tiada apa-apa kesan kebakaran yang ada dalam rumah tersebut.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pukul 8.55 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini