KANGAR – Kerajaan Pusat diminta membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Perlis yang berlarutan sejak sekian lama berikutan paip-paip utama di negeri ini yang sudah terlalu uzur. Dalam masa sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya juga meminta wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dari negeri ini dapat memanjangkan masalah tersebut kepada Kerajaan Pusat dengan mengenepikan perbezaan politik demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Katanya, masalah tersebut…










