Vincent Tan tingkat pegangan dalam Caring Pharmacy - Utusan Malaysia

Vincent Tan tingkat pegangan dalam Caring Pharmacy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengasas Berjaya Corp., Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun meningkatkan pegangannya dalam Caring Pharmacy Group melalui pembelian 3.1 juta saham daripada Perbadanan Nasional Bhd. (PNS).

Caring Pharmacy dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, transaksi tersebut dilakukan secara perjanjian langsung.

Pembelian itu merupakan kali kedua Vincent Tan memperoleh saham Caring Pharmacy daripada PNS dalam tempoh dua bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saham Vincent Tan kini berjumlah 18.37 juta atau 8.44 peratus dalam Caring Pharmacy.

Beliau merupakan pemegang saham ketiga terbesar selepas Motivasi Optima Sdn. Bhd. dengan pegangan 50.35 peratus dan PNS (9.6 peratus). – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini