HANOI – Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah menangguhkan aksi pusingan Liga V bagi membantu pasukan kebangsaan mereka membuat persediaan menghadapi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022.
Keputusan berkenaan dibuat selepas Bola Sepak Profesional Vietnam, penganjur Liga V serta VFF bermesyuarat bagi menunda 23 perlawanan yang sepatutnya di jadual berlangsung pada 30, 31 Ogos dan 1 hingga 15 September ini.
Pasukan kebangsaan Vietnam akan berkunjung ke Thailand untuk berdepan skuad Gajah Perang dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia AFC pada 5 September yang menyaksikan mereka diundi bersama Indonesia, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan G.
Sebelum ini pihak Persatuan Bola Sepak Thailand juga membuat keputusan untuk menunda aksi liga tempatan mereka bagi memberi ruang pasukan kebangsaan mereka membuat persediaan lebih baik. – AGENSI











