[VIDEO] Siasat klip video zikir meragukan dalam surau - Utusan Malaysia

[VIDEO] Siasat klip video zikir meragukan dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Pihak berkuasa digesa membuat siasatan segera mengenai tiga klip video yang didakwa ada kaitan dengan ajaran Islam yang meragukan di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan dengan segera kerana klip video berkenaan telah tersebar secara meluas.

“Saya nasihatkan orang ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klip video berdurasi satu minit 12 saat dan dua lagi berdurasi 22 saat itu didakwa berlaku kelmarin di sebuah kampung di kawasan Ulu Tembeling. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini