Video seks: Masih dalam siasatan PDRM - Utusan Malaysia

Video seks: Masih dalam siasatan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung video seks yang membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang individu yang dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, siasatan masih belum memperoleh sebarang keputusan dan tiada tempoh tertentu ditetapkan bagi menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

“Kita akan memberi ruang kepada PDRM menjalankan tugas mereka sebelum hasil siasatan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan saya sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudian, hasil siasatan tersebut akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan tersebut memerlukan tempoh masa yang panjang dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Kita tidak mahu ada individu teraniaya akibat siasatan yang tergesa-gesa dan terdapat prosedur tertentu harus diikuti.

“Kita juga amat berhati-hati dalam siasatan ini selain mendapatkan panduan dari pejabat peguam negara,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini