Video seks: Kes menteri Kabinet tahun 1998, sekarang berbeza - Utusan Malaysia

Video seks: Kes menteri Kabinet tahun 1998, sekarang berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa dakwaan kes perbuatan luar tabii melibatkan dua menteri Kabinet di bawahnya tahun 1998 dan tahun ini adalah dua kes yang berbeza.

Dr. Mahathir berkata, pada tahun 1998, tindakan yang diambil tidak berdasarkan klip video dan klip video datang setelah mahkamah membuat keputusan.

“Saya telah dituduh bertentangan dengan pendirian saya sendiri dalam tindak balas saya terhadap kes seks songsang melibatkan anggota Kabinet saya pada tahun 1998 dan isu video seks terkini melibatkan anggota Kabinet saya sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada percanggahan. Pada tahun 1998, video datang seterusnya. Ia tidak mempengaruhi mahkamah atau orang lain. Ia tidak mempengaruhi saya,” katanya menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, dalam kes baru-baru ini, video itu muncul dahulu, tidak seperti kes pada tahun 1998.

“Jelas sekali ia adalah cubaan untuk menaikkan nama orang tersebut untuk menghancurkan masa depannya.

“Jika saya mengambil tindakan yang diharapkan daripada saya, saya akan menjadi aksesori kepada plot yang dirancang.

“Saya tidak berniat untuk menjadi instrumen politik. Saya tidak akan menjadi sebahagian daripada politik kotor sedemikian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini