[VIDEO] RM1.75 juta dadah dirampas dalam empat serbuan - Utusan Malaysia

[VIDEO] RM1.75 juta dadah dirampas dalam empat serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Julai – Polis berjaya merampas pelbagai dadah jenis syabu seberat 22.6 kilogram, pil ekstasi sebanyak 21,762 biji dan erimin 5 sejumlah 4,970 biji dengan nilai dianggarkan RM1.75 juta dalam empat serbuan berasingan pada bulan ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, dalam serbuan itu juga, seramai lapan lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 20 hingga 46 tahun ditahan.

Menurutnya, serbuan pertama dan kedua merupakan hasil kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Muar pada pukul 11 pagi hingga 1.30 petang pada 23 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Serbuan pertama di jeti nelayan Parit Sakai Laut, sebanyak 10,800 pil ekstasi, 4,970 biji pil erimin 5 dan syabu seberat 8 kilogram serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi dirampas.

“Susulan itu, polis lakukan serbuan kedua di Taman Melati dan merampas sebanyak 10,962 pil ekstasi serta syabu seberat 11 gram dirampas selain sebuah kereta jenis Proton Iswara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan ketiga di Setia Tropika pada 26 Julai, polis merampas 3 kilogram dadah dipercayai jenis syabu dan menyita sebuah kereta Volkswagen.

Tambahnya, serbuan terakhir di Adda Heights pada hari yang sama, sejumlah 11.4 kilogram dadah jenis syabu dirampas dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta motosikal Honda Dash disita.

“Kesemua dadah yang dirampas itu boleh memenuhi keperluan penagih seramai 72,098 orang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini