[VIDEO] Musa Noor hadir ke pejabat Pesuruhjaya Sukan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Musa Noor hadir ke pejabat Pesuruhjaya Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Yang Dipertua Persatuan Olahraga Daereh Temerloh, Datuk Mohd. Musa Noor Mohd hadir sendiri ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negara bagi menghantar surat memohon penjelasan kesahihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Ia susulan beliau mendapati terdapat kelemahan sewaktu AGM KOM pada Ahad lalu, dan dalam masa sama meminta kesemua perwakilan badan induk berkenaan agar tidak terus berdiam diri.

Perjalanan pemilihan AGM KOM 2019-2022 kini diragui terutama selepas Mohd. Musa mendedahkan berlaku beberapa kelemahan dalam mesyuarat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang hadir dalam mesyuarat berkenaan selaku pemerhati bebas berpendapat, hanya Pejabat Pesuruhjaya Sukan layak untuk menjelaskan situasi semasa AGM KOM 2019-2022.

Dalam pemilihan AGM KOM 2019-2022 pada Ahad lalu menyaksikan Datuk S.M Muthu di­pilih sebagai presiden baharu badan induk berkenaan selepas mendapat 21 undian menewaskan Karim yang memperoleh 18 undian, manakala Timbalan Presiden KOM dimenangi Datuk Paduka Mumtaz Jaafar selepas menang tanpa bertanding.

Empat Naib Presiden KOM yang baharu ialah Datuk Mark Willeam, Josephine Kang, Rajemah Sheikh Ahmad dan Datuk Fadzil A. Bakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini