[VIDEO] Dua harimau belang sesat di Bukit Besi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua harimau belang sesat di Bukit Besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seorang tukang rumah terkejut apabila pinggangnya tiba-tiba dijilat seekor daripada dua ekor harimau belang yang dipercayai tersesat di Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Mohamad Harun, 61, sedang membaiki rumahnya bersama salah seorang anaknya yang berusia 22 tahun.

Menceritakan kembali pengalaman itu, Mohamad berkata, dia terasa pinggangnya dijilat haiwan berbulu lebat dari arah belakang sewaktu sedang tekun bertukang membaiki rumahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada mulanya ingatkan kucing tetapi apabila menoleh, saya terperanjat apabila mendapati haiwan itu rupa-rupanya seekor harimau.

“Tanpa berfikir panjang, saya dan anak lelaki segera berlari menyembunyikan diri ke dalam rumah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan pasangan harimau berkenaan yang tersesat dari kawasan hutan berhampiran itu kemudiannya turut mengejar beberapa penduduk kampung lain sedang menunggang motosikal sebelum penemuannya dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini