[VIDEO] DSV mohon maaf kepada Aishah - Utusan Malaysia

[VIDEO] DSV mohon maaf kepada Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memohon maaf kepada penyanyi Aishah dalam satu sidang akhbar khas sebentar tadi di kediamannya di Ipoh, Perak.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 46 membacakan permohonan maaf secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama ketika sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur 1 Julai lalu.

“Saya Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada Wan Aishah Wan Arifin melalui representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4,” kata Aishah dalam permohonan maaf itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.

Kes ini susulan kemengangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu dan kes ini telah berlarutan selama setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini