[VIDEO] Beli rumah boleh bebas CCRIS - Utusan Malaysia

[VIDEO] Beli rumah boleh bebas CCRIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) berpeluang untuk dikecualikan daripada rekod buruk tersebut dengan membeli rumah pertama.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan mengumumkan perkara tersebut selepas pelancaran Skim Perumahan Belia pada pertengahan Oktober ini.

Beliau telah berbincang melalui perbualan telefon mengenai perkara tersebut dan dipersetujui oleh Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan pada bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana-mana pembeli rumah pertama atau graduan yang disenaraihitamkan oleh CCRIS, boleh dikecualikan daripada senarai tersebut.

“Maknanya untuk yang ingin beli rumah, mereka tidak akan dikenakan CCRIS tetapi beli rumah sahaja, kereta tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sidang Akhbar Hi Home di Kelab Tasik Diraja, Taman Tasik Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com, Radzi Tajuddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini