Velofit, Liv Pro Cycling sahkan penyertaan ke LTdF - Utusan Malaysia

Velofit, Liv Pro Cycling sahkan penyertaan ke LTdF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Velofit, yang berpangkalan di Perth, Australia dan pasukan profesional China, Liv Pro Cycling Team, merupakan antara pasukan awal mengesahkan penyertaan pada jelajah berbasikal wanita antarabangsa, Le Tour de Femina (LTdF) 2019.

Perlumbaan berstatus 2.1 dan diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu membabitkan jarak keseluruhan 719.9 kilometer dan akan berlangsung buat julung kali dari 7 hingga 12 Sept ini.

Menurut kenyataan penganjur, Ciclista Sdn Bhd, hari ini, Velofit dijangka membawa gabungan pelumba berpengalaman dan muda untuk aksi pertama mereka di Malaysia selepas menyertai beberapa perlumbaan di rantau Asia Tenggara termasuk di Vietnam dan Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, pasukan China itu dijangka menampilkan pelumba seperti bekas juara Asia, Pu Yixian, pemenang tempat keenam dan pemenang tempat ke-12, Zhao Xi Sha pada Jelajah Kepulauan Zhousyan, China, tahun ini.

Menurut kenyataan itu, lebih 40 pasukan profesional, benua dan pasukan kebangsaan dari Eropah, Asia dan Asia Pasifik telah menunjukkan minat untuk menyertai LTdF 2019.- BERNAMA

Laluan LTdF 2019:

Peringkat 1 (7 Sept) – Jitra – Kulim (116.1km)

Peringkat 2 (8 Sept) – Permatang Pauh – Kuala Kangsar (117.1km)

Peringkat 3 (9 Sept) – Tapah – Bukit Fraser (124.2km)

Peringkat 4 (10 Sept) – Shah Alam – Alor Gajah (132km)

Peringkat 5 (11 Sept) – Jasin – Muar (112.3km)

Peringkat 6 (12 Sept) – Tampin – Cyberjaya (118.2km)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini