UTeM terima kunjung hormat delegasi universiti China - Utusan Malaysia

UTeM terima kunjung hormat delegasi universiti China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERJASAMA. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) menerima kunjung hormat delegasi Guillin University of Technology (GLUT), China dalam usaha meluaskan rangkaian kerjasama akademik secara global.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Dr. Mohd. Razali Muhamad berkata, perbincangan dua hala antara UTeM dan GLUT adalah berkisar mengenai corak dan pengisian kerjasama antara dua buah universiti berkenaan.

“Kami telah berbincang untuk melaksanakan pelbagai program seperti Program Summer Camp yang mana pihak GLUT berhasrat menghantar pelajar mereka sempena Program UTeM Global Outreach 2019 yang bakal diadakan nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dibincangkan mengenai visiting scholar dengan pembiayaan dana dari wilayah Guillin dengan tumpuan di dalam bidang mekanikal, elektronik, alam sekitar, teknologi maklumat dan ijazah berkembar bagi kedua-dua universiti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini