KUALA TERENGGANU 6 Julai – Meskipun sampai kiamat, UMNO tetap dengan pendirian tidak akan sekali-kali menjalin kerjasama atau bergabung dengan DAP kecuali parti seteru itu mengubah dasar sosialisnya dalam perlembagaan. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, perlembagaan yang diamalkan DAP yang kononnya memperjuangkan konsep sama rata hanyalah `indah dipandang’ semata, sedangkan hakikatnya merupakan `racun dalam madu’. “Kita tak boleh terima DAP sampai kiamat kecuali parti itu ubah perlembagaannya,…










