UMNO Terengganu bayang kerjasama Pas dengan formula tertentu - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu bayang kerjasama Pas dengan formula tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – UMNO Terengganu memberi bayangan ta’awun dengan Pas negeri ini cukup istimewa berbanding di negeri-negeri lain dan kerjasama itu akan dijayakan dengan beberapa formula tertentu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya bersedia menjalinkan muafakat politik sebagaimana yang disarankan kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Katanya, segala rundingan di peringkat negeri akan digerakkan sejurus selepas perbincangan UMNO di peringkat Pusat selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita masih di peringkat awal bekerjasama dan soal pembahagian kerusi belum difikirkan lagi.

“Kita serahkan kepada jawatankuasa teknikal Pusat untuk buat formula dan kemudian kita akan berbincang dengan buat formula tertentu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Din Adam; barisan kepemimpinan UMNO negeri di samping Ketua Wanita UMNO, Toh Puan Zaitun Mat Amin dan Ketua Pemuda UMNO, Tengku Haphiz Tengku Putera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini