UMNO-Pas ikhlas bersama demi martabat Islam - Utusan Malaysia

UMNO-Pas ikhlas bersama demi martabat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 21 Julai – Penyatuan kerjasama antara UMNO dan Pas yang bakal ditandatangani dalam masa terdekat bukan bersandarkan kepentingan politik semata-mata sebaliknya bagi memartabatkan semula agama Islam di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua parti ikhlas untuk bekerjasama demi penyatuan Islam dan bangsa Melayu yang kini dilihat semakin tidak terbela di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, hubungan itu mesti direalisasikan dalam masa terdekat dan diteruskan demi kepentingan hampir 70 peratus rakyat Melayu beragama Islam serta hampir 65 peratus golongan Bumiputera di seluruh negara.

“UMNO dan Pas ikhlas untuk bersama memartabatkan Islam. UMNO dan Pas kini bukan soal parti semata-mata tetapi masa depan umat Islam dan Melayu untuk kembali bersama.

“Walaupun kerjasama ini belum dijalinkan secara rasmi namun program akar umbi antara kedua-dua parti telah dimulakan melalui inisiatif pemimpin dan ahli sendiri di peringkat negeri, bahagian mahupun cawangan. Kita harap ia berkekalan hingga ke Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Dewan Raja Haji Dataran Mat Riau, Bukit Baru di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd. Ridhwan Mohd. Ali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×