SHAH ALAM 1 Julai – UMNO ada banyak agenda yang harus segera dijayakan dan untuk itu, keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menjalankan tugas selaku Presiden perlu disokong oleh setiap ahli parti. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, selaku Presiden yang dipilih, Ahmad Zahid perlu disokong dan dibantu bagi membolehkan beliau menjayakan agenda parti. “Seluruh ahli serta kepimpinan parti kena bergerak…










