NEW YORK 2 Julai – Ukraine, negara kelahiran aktres Mila Kunis, menduduki tempat pertama dalam senarai 50 negara yang memiliki penduduk dengan paras wajah paling menawan di dunia.
Daily Mail melaporkan, senarai itu dibuat berdasarkan kaji selidik melibatkan 8,500 responden yang dikendalikan portal pelancongan, Big 7 Travel.
Dalam senarai tersebut, Denmark berada pada kedudukan kedua diikuti Filipina di tempat ketiga.
Brazil yang merupakan negara kelahiran dua peragawati ternama, Gisele Bundchen dan Adriana Lima di kedudukan kelima.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu berpuas hati di kedudukan ke-45 manakala Ireland di tempat terakhir.
Australia pula ditempat kelima, diikuti Afrika Selatan dan Itali.
Armenia mengisi kedudukan kelapan disusuli Britain (sembilan) dan Kanada (10).
Malaysia juga tidak terkecuali dengan menduduki tempat ke-25 dalam senarai tersebut.
Pengiktirafan berkenaan ditentukan responden-responden terlibat yang memilih berdasarkan tafsiran masing-masing tentang definisi wajah paling menawan.











