Ujian misil China di LCS membimbangkan - Utusan Malaysia

Ujian misil China di LCS membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 3 Julai – Pentagon menganggap ujian peluru berpandu China yang dilancarkan di Laut China Selatan (LCS) baru-baru ini sebagai membimbangkan dan bertentangan dengan ikrar Beijing yang tidak akan menjalankan aktiviti ketenteraan di wilayah pertikaian ber­kenaan.

Lapor Channel News Asia, seorang jurucakap kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, China menguji beberapa peluru berpandu balistik anti-kapal pada hujung minggu lalu.

Katanya, Pentagon menye­dari ujian peluru berpandu itu dilancarkan dari struktur pulau buatan manusia di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Spratly.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak akan bercakap bagi pihak semua negara berdaulat di rantau ini tetapi saya pasti mereka bersetuju perbuatan China bertentangan dengan hasrat Beijing yang mahu membawa keamanan ke rantau ini.

“Malah, perbuatan seperti ini jelas merupakan tindakan paksaan bertujuan untuk menakutkan negara penuntut kawasan (Laut China Selatan),” katanya.

Isu Laut China Selatan adalah salah satu daripada titik punca yang bakal menjejaskan hubungan antara Amerika Syarikat AS dan China terma­suk membabitkan perang dagang, sekatan dan Taiwan.

Laut China Selatan merupakan laluan bagi aktiviti perdagangan antarabangsa yang bernilai AS$5 trilion (RM20.6 trilion) setiap tahun.

Selain China, Laut China Selatan turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini