UCB bakal naik taraf jadi universiti penuh - Utusan Malaysia

UCB bakal naik taraf jadi universiti penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Kolej Universiti Bestari (UCB) yang beroperasi di Bandar Permaisuri, Setiu bakal dinaik taraf menjadi sebuah universiti penuh dengan nama Universiti Bestari Malaysia pada akhir tahun ini.

Dr. Tengku Mahmud Mansor
Dr. Tengku Mahmud Mansor 

Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, universiti berkonsepkan wakaf milik badan bukan kerajaan (NGO) itu sudah mengemukakan permohonan baharu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, sebelum ini UCB telah memohon tetapi diberi beberapa syarat untuk dipatuhi sebelum diberi pertimbangan antaranya bilangan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD), pensyarah dari kalangan PhD dan peratusan pelajar antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, setelah mendapat kelulusan rasmi, Universiti Bestari Malaysia akan diperbesarkan dan menambah kuota pengambilan kepada 3,000 orang pelajar berbanding 2,000 orang sebelum ini.

“Kita tidak berhasrat untuk menambah bilangan kemasukan kepada jumlah lebih besar tetapi lebih mementingkan kepada kualiti dengan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran temasuk dalam keusahawanan,” jelasnya.

Beliau bekata demikian semasa ditemui selepas Program Inisiatif Peluasan Pelaksanaan Penglibatan Ibu-Bapa dan Komuniti (PIBK) Serta Swasta Dalam Ekosistem Sekolah di Bangunan Persekutuan Besut di Kampung Raja dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua PIBK Kebangsaan, Romeli Ismail dan peneraju PIBK Terengganu, Datin Mimi Nur Liana Abdullah serta Ketua Meja PIBG setiap daerah di Terengganu.

Tengku Mahmud menambah, pihaknya mahu mencipta kelainan dengan mengeluarkan graduan yang sudah `ditambah nilai’ di segi pengetahuan, kepakaran dalam pelbagai kemahiran dan kebolehpasaran berbeza dengan graduan universiti lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini