TVET Tahfiz mampu lahirkan huffaz profesional - Utusan Malaysia

TVET Tahfiz mampu lahirkan huffaz profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Pelajar tahfiz kini bukan sahaja boleh mendalami bidang agama, malah mereka berpeluang mendalami bidang teknikal melalui program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz.

Program TVET Tahfiz yang hasil kerjsama Enter Corridor Training Center dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Assunah ini menyediakan program khusus dalam bidang Teknologi Automasi Industri dan Robotik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya menyambut baik insiatif tersebut yang dalam melahirkan modal insan yang celik agama serta mampu bersaing dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, penubuhan TVET Tahfiz itu bertujuan memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz untuk mendapatkan latihan berkemahiran yang bersistematik melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia.

“Laluan TVET ini kini diperluas dalam kalangan pelajar tahfiz bagi melengkapkan diri dalam memenuhi keperluan industri masa kini. Selain itu, hasrat program ini adalah untuk melahirkan golongan teknokrat dan huffaz professional. 

“Kementerian juga akan terus menyokong usaha ini melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Tenaga Manusia. Semoga usaha seperti ini akan diteruskan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan TVET Tahfiz dan menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Enter Coridor Training Center dan Maahad Tahfiz Al Quran As Sunnah (MTAQWAS) di sini hari ini. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Enter Coridor Sdn Bhd, Ahmad Radzi Yusof.

Melalui MoU itu, MTAQWAS akan memastikan kualiti modul hafazan yang diikuti oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2,3 dan 4 dalam bidang Teknologi Automasi Industri di Enter Coridor sentiasa ditahap terbaik.

Sebagai permulaan, seramai 35 pelajar tahfiz MTAQWAS menyertai program di TVET terbabit sejak sebulan yang lalu.

Justeru, Mahfuz menjelaskan ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk menghantar anak mereka ke pusat tahfiz perlu melihat TVET Tahfiz ini sebagai institusi yang mempu memberikan masa depan yang baik kepada anak mereka.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang untuk hantar anak mereka ke TVET Tahfiz ini, kita perlu lihat ia adalah untuk masa depan mereka.

“Saya juga menyokong pendekatan TVET Tahfiz ini kerana ia selaras dengan agenda kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tahfiz di negara ini,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini