Tun Mahathir punca Melayu berpecah - Pemuda UMNO Johor - Utusan Malaysia

Tun Mahathir punca Melayu berpecah – Pemuda UMNO Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menguatkan kuasa politik kaum itu disifatkan sebagai angkuh dan bongkak.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, Dr. Mahathir perlu sedar bahawa dia adalah individu yang memecah-belahkan parti politik ditunjangi orang Melayu sejak dahulu lagi.

Justeru, katanya, UMNO tidak akan sesekali menyahut seruan pengkhianat bangsa itu yang sangat sesuai dianggap sebagai Bapa Pemecah Belah Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hakikatnya, beliau yang menjadi pemecah belah parti Melayu sejak dahulu lagi dan pada zaman dia juga kita tengok Melayu berpecah.

“Tiga Timbalan Perdana Menteri, tiga Timbalan Presiden UMNO ‘terpelanting’, lahir Semangat 46, UMNO diharamkan, PKR dilahirkan…itu semua berlaku sewaktu zaman beliau. Begitu juga dengan hari ini, beliau ilhamkan Bersatu untuk jadi pemecah undi Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu yang mempelawa parti politik Melayu termasuk UMNO menyertai Bersatu ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini