Tun Mahathir pelawa semua parti politik Melayu sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Tun Mahathir pelawa semua parti politik Melayu sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 Julai – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.

“Dulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan lagi majoriti 60 peratus, tapi setiap parti hanya 10 peratus sahaja. Saya harap bekas UMNO yang masih dalam UMNO perlu ingat, kita perlu bersatu untuk berjuang apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor yang diadakan di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini