Tun Dr. Mahathir mampu selesaikan - Utusan Malaysia

Tun Dr. Mahathir mampu selesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut) percaya akan berlaku ketidakstabilan pertumbuhan ekonomi negara serta mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dan pentadbiran negara dengan timbulnya masalah politik dikalangan kepimpinan Kerajaan hari ini.

Keadaan ini juga akan terus berterusan dan menjadi lebih serius bila mana melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga bakal Perdana Menteri yang sedang menunggu masa seperti yang pernah dijanjikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melihat kepada sejarah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat, kes seperti ini pernah berlaku dan beliau punyai pengalaman dalam menyelesaikan masalah seperti ini dalam menjaga imej kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum perkara ini menjadi lebih serius dengan mengakibatkan kesian buruk terhadap negara, Tuntut percaya bahawa Perdana Menteri mampu menyelesaikan isu menjejaskan imej kepemimpinan kerajaan ini secepat mungkin.

Oleh itu juga, Tuntut menggesa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk bersikap tegas dan adil serta lebih berhati-hati di dalam menangani kes yang mengaitkan Menteri kabinet iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kes ini merupakan satu tuduhan yang serius dan berbau politik dan lebih bahaya ia merupakan salah laku tidak bermoral. Kita dikejutkan lagi dengan keputusan siasatan PDRM yang mengesahkan bahawa individu di dalam video itu bukanlah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan wujudnya pakatan dalang yang melibatkan pemimpin parti politik untuk melahirkan kerisauan rakyat terhadap imej kerajaan.

Tuntut melihat bahawa dalang di sebalik kes video lucah ini telah merangka strategi rapi untuk ‘memerangkap’ pihak berkuasa terutamanya dan imej kerajaan hari ini khasnya.

Menjadi kegusaran rakyat apabila merasakan seolah-olah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara bahawa individu di dalam video itu bukanlah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana persoalannya bagaimana pula hak dan nasib individu yang melaporkan bahawa dirinya melakukan hubungan seks itu bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali?.

Inilah dikatakan perangkap yang sengaja digunakan oleh dalang video ini yang mana sudah tahu bahawa PDRM akan mengeluarkan kenyataan seperti ini.

Kami juga percaya akan ada gerakan yang lebih serius susulan daripada kenyataan Ketua Polis Negara ini dilakukan secara berterusan dengan memburukkan imej Integriti PDRM itu sendiri seterusnya merosakkan nama Kerajaan Malaysia di mata rakyat dan negara luar.

Soal ‘dalang’ konspirasi itu haruslah diselesaikan serta dihukum segera agar tidak mengheret dan menjejaskan pentadbiran Negara kerana ini merupakan jenayah yang cukup berat.

Makanya Tuntut juga ingin tegaskan demi kepentingan negara, Perdana Menteri mesti memainkan peranan dalam menjaga nama baik Malaysia apabila Ketua Polis Negara sendiri telah mendedahkan bahawa kes ini didalangi dengan tujuan untuk menimbulkan kegusaran rakyat terhadap kerajaan terutamanya.

Reputasi Malaysia sebagai negara Islam juga harus dijaga dan diberi perhatian daripada dibelenggu dengan kes-kes kepemimpinan yang mempunyai rekod salah laku seks seperti ini. Tuntut inginkan perkara ini diberikan keadilan dan kebenaran.

MUHAMMAD A’ZLAN ABU BAKAR

Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini