Tumpahan merkuri semasa belajar subjek Sains - Utusan Malaysia

Tumpahan merkuri semasa belajar subjek Sains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Pembelajaran 15 murid di sebuah kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Tee, Pasir Penambang di sini tergendala selepas berlaku tumpahan merkuri, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu selepas salah satu termometer terjatuh dan pecah semasa proses ujikaji dipercayai bagi mata pelajaran Sains dijalankan di kelas tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd. Faisal Jumari berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.56 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kelas tersebut kemudiannya dikosongkan bagi tujuan pembersihan tumpahan merkuri.

“Kami mengambil masa selama dua minit bagi membersihkan merkuri itu menggunakan peralatan khas.

“Tiada sebarang kecederaan dialami oleh guru dan murid kelas tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini