LABUAN 15 Julai – Sebanyak tujuh warga asing ditahan Polis marin di ketika mereka sedang menangkap ikan menggunakan panah besi di sekitar Pulau Tiga di perairan Kuala Penyu semalam. Kesemua nelayan warga Filipina yang tinggal di Karambunai dekat Kota Kinabalu, Sabah itu berumur antara 23 dan 41 tahun serta tidak mempunyai dokumen yang sah. Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner, Mohamed Pajeri Ali berkata, mereka ditahan dalam Op Gelora Khas (Op Terancang) kira-kira pukul 6.20 petang. “Pasukan kami sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit dan menahan nelayan asing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya