LONDON – Bos Paris Saint-Germain (PSG) menyangkal dakwaan kononnya dia sudah mengadakan perbincangan bersama Ousmane Dembele selepas penyerang Barcelona itu dikaitkan bakal berpindah ke kelab gergasi Perancis tersebut.
Dembele pernah bekerjasama dengan Tuchel pada musim 2016-2017 di Borussia Dortmund, khabar anging bertiup kencang apabila pengurus dari Jerman itu berharap mereka dapat kembali bersama di PSG.
Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas PSG terikat 1-1 menentang Nurnberg dalam aksi persahabatan, Tuchel memberitahu dia tidak menghubungi pemain berusia 22 tahun tersebut.
“Kali terakhir kami bercakap melalui telefon adalah setahun yang lalu ketika saya berada di Singapura,” kata Tuchel.
Ketika ditanya sama ada Tuchel pernah menghubungi Dembele baru-baru ini, dia berkata;’Tidak, kami sudah tidak berhubung selama setahun.
Dembele menyertai Bercelona pada musim panas lalu, sebaik sahaja Neymar meninggalkan Nou Camp untuk mencipta rekod perpindahan dengan berhijrah ke PSG. – AGENSI











