Tepat pukul 6 petang bersamaan Khamis 29 Ogos 1996, seluruh penduduk seperti biasa mengurung diri dalam rumah kerana hujan lebat yang biasanya membataskan tugas harian masing-masing Ada yang tidur, ada yang menonton TV dan tidak kurang juga yang sedang berehat sementara menunggu hujan reda. Biasanya hujan lebat seperti itu akan reda dalam masa sejam. Malangnya pada petang itu setelah tiga jam, hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Suasana damai…










