RIO DE JANEIRO – Kapten Brazil, Dani Alves akui pengendali pasukannya, Tite telah memberikan impak besar sehingga membolehkan mereka menjulang kejuaraan Copa Amerika buat kali kesembilan pada awal pagi tadi.
Dalam saingan akhir tersebut Brazil berjaya menewaskan Peru dengan keputusan 3-1 di Stadium Maracana.
“Bagi kami dia (Tite) adalah kapten kepada kapal ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tahniah kepada kami dan Brazil.
“Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada barisan kejurulatihan pasukan kerana membantu Brazil mencapai tahap ini.
“Bagi kami kemenangan di Maracana sangat istimewa kerana ini adalah rumah kami,” katanya. – AGENSI











