Pokok manggis adalah sejenis buah-buahan tropika yang bermusim. Musim buah manggis ialah bulan Jun hingga Ogos setiap tahun. Musim berbuah boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok. Manggis tergolong dalam famili Guttiferae dan nama saintifiknya ialah Garcinia mangostana L. Pokok manggis boleh ditanam dengan menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak tanaman 9 m x 9 m. Secara umumnya, pokok manggis klon (kahwin) boleh mengeluarkan buah manggis pada umur tujuh tahun dan ke atas selepas ditanam. Pokok manggis mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman baji. Kaedah pembiakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya