Tinju sasar satu pingat Sukan SEA - Utusan Malaysia

Tinju sasar satu pingat Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan tinju kebangsaan hanya meletakkan sasaran satu pingat sahaja di Sukan SEA Manila 2019 selepas mengambil kira cabaran besar yang akan hadir daripada Thailand dan Indonesia.

Ketua jurulatih tinju kebangsaan, Azmi Md Yunus memberi jaminan, tinju akan menyumbang satu pingat dalam kejohanan dwitahunan itu namun tidak berani meletakkan sasaran pingat emas.

“Satu pingat…warna tidak pasti kerana Thailanda dan Indonesia adalah cabaran utama di sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sukan SEA ini tahap kesukarannya sama seperti Sukan Asia,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat, semalam.

Azmi juga memberitahu, senarai nama atlet untuk ke Sukan SEA Manila masih belum diputuskan kerana Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) sedang meneliti senarai berkenaan.

Katanya, penilaian pertama sudah dijalankan dan PTAM mahu menyenaraikan atlet dalam kesemua enam kategori yang dipertandingkan di Filipina.

“Selepas ini kami akan ada beberapa siri kejohanan lagi termasuk di Bangkok dan Piala Malaysia.

“Atlet kami akan menjalani sesi latihan terakhir di Kazakhstan dan mungkin menyertai kejohanan di sana sekiranya ada sebelum ke Filipina,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini