Tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan pil gugur janin - Utusan Malaysia

Tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan pil gugur janin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu penjualan produk Misoprostol dan Mifepristone dalam talian yang digunakan untuk tujuan menggugurkan janin.

Sememangnya kedua-dua produk tersebut merupakan produk tidak berdaftar dan tidak dibenarkan untuk dijual di pasaran Malaysia.

Sejak tahun 2016, 16 serbuan yang mensasarkan produk-produk ini telah dilaksanakan dengan 28 bilangan rampasan bernilai RM97,578. Serbuan ini telah dilaksanakan susulan aktiviti risikan forensik siber yang rumit dan rapi, mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi mengelakkan aktiviti penjualan dapat dikesan oleh pihak berkuasa, modus operandi yang digunakan bagi penjualan produk ini adalah menggunakan medium internet, aplikasi komunikasi internet dan platform e-dagang.

Memandangkan aktiviti penjualan ini semakin serius, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah meningkatkan kerjasama dengan pengendali platform e-dagang yang berpusat di Malaysia serta media sosial dalam mengambil tindakan menyenarai hitam penjual yang menjual produk ini di platform mereka.

Bagi penjual yang menjual dalam‘webpage’ peribadi, domain mereka akan disenaraikan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan sekatan.

Dari tahun 2016 hingga kini, sebanyak 225 laman sesawang telah dipantau dan diprofil dan daripada jumlah tersebut, 98 laman web telah dihantar kepada SKMM, Facebook, Twitter dan YouTube untuk tindakan penutupan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini