Tiga tokan dadah di Bau dicekup - Utusan Malaysia

Tiga tokan dadah di Bau dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – Tiga lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di sekitar Sarawak.

Portal berita Suara Sarawak melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abd. Latif berkata, tangkapan ke atas semua suspek dilakukan dalam Operasi Sulit yang dijalankan pasukan JSJN Sarawak hari ini.

Menurutnya, dua daripada suspek yang merupakan penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Daun, Singai dan 23 tahun dari Kampung Bobak, Singai ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Tengah, Kampung Daun Sungai Tengah di sini sekitar pukul 11.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan menjumpai dadah jenis syabu seberat 6.25 gram dianggarkan bernilai RM1,000. Kedua-dua suspek dipercayai melakukan pengedaran dadah bermula awal tahun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sahar memberitahu, tangkapan itu turut membawa kepada penahanan seorang lagi suspek berusia 24 tahun yang beralamat di Taman Mutiara di sini dan merupakan seorang juruteknik.

“Ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah jenis syabu dan amfetamin, selain masing-masing mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. Kesemua mereka kini dalam proses permohonan reman,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini