Tiga lelaki didenda RM6,600 gantung iklan ah long - Utusan Malaysia

Tiga lelaki didenda RM6,600 gantung iklan ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tiga lelaki didenda RM2,200 setiap seorang selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggantung iklan pemberian pinjaman wang di tempat awam bulan lepas.

Lee Chong Yau, 29, Fon Chong Sheng, 22, dan Gan Hong Ren, 18, dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan berhampiran Kompleks Mahkamah Kuantan pada pukul 2.36 petang, 27 Jun lalu.

Mereka dituduh secara bersama mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan mengikut seksyen tersebut.

Majistret Nor Azizah Aling menjatuhkan hukuman denda RM2,200 ke atas setiap tertuduh dan boleh dipenjarakan selama tujuh bulan sekiranya tidak membayar denda.

Ketiga-tiga tertuduh melalui dua rakan mereka membayar denda tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini