Tiga kilang mempunyai bacaan Metil Mercaptan yang tinggi - Utusan Malaysia

Tiga kilang mempunyai bacaan Metil Mercaptan yang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Julai – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenal pasti tiga premis kilang mempunyai bacaan Metil Mercaptan yang tinggi selepas insiden pertama pencemaran udara di Pasir Gudang dilaporkan selepas proses penyisihan dilakukan.

Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar berkata, ketiga-tiga kilang yang mempunyai lesen untuk beroperasi itu terletak dalam radius tiga kilometer dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 yang dikenakan perintah tahanan operasi kelengkapan.

Katanya, ketiga-tiga kilang itu dikesan selepas JAS membuat pemeriksaan ke atas 257 kilang berasaskan bahan kimia di Pasir Gudang dan melalui proses penyisihan bagi mengenal pasti kilang yang berpotensi tinggi sebagai punca bau gas Metil Mercaptan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes pencemaran ini tidak mempunyai punca dan kesan yang begitu jelas. Walau bagaimanapun, hanya Metil Merkaptan dikesan hasil pencerapan bacaan gas dengan mempunyai ciri-ciri yang boleh menyumbang kepada gejala kesihatan sesak nafas dan muntah-muntah.

“Hasil bacaan yang direkodkan pada hari kedua dan ketiga pencemaran mendapati kilang berkenaan mengeluarkan bacaan 120 partikel per sejuta (ppm) melepasi tahap selamat pada paras 40 ppm,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JAS Johor di sini hari ini.

Norlin berkata, pihaknya dalam proses akhir melengkapkan kertas siasatan bagi mendakwa syarikat berkenaan di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini