PARIS 15 Julai – Tiga kanak-kanak dan seorang dewasa maut apabila sebuah kereta api merempuh kenderaan dinaiki mereka di timur Perancis, hari ini. Empat penumpang kereta api itu pula mengalami cedera parah. Kenderaan terlibat dikatakan berada di landasan ketika laluan ditutup sebelum kereta api yang gagal dikawal itu merempuh kereta berkenaan. Datuk Bandar Avenay-Val-d’Or, Philippe Maussire memberitahu pemandu kereta api itu kini berada trauma susulan kejadian itu. Dalam pada itu,…









