Tiga cedera lori pasir rempuh kaunter Puspakom - Utusan Malaysia

Tiga cedera lori pasir rempuh kaunter Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Tiga lelaki cedera ringan selepas sebuah lori pasir merempuh kaunter Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Senawang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mereka yang cedera merupakan pemandu lori yang sedang berurusan di kaunter tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, kejadian berlaku selepas lori pasir itu selesai menjalani pemeriksaan di pusat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga mangsa yang cedera kerana terkena serpihan kaca ialah Muhammad Afiq Ismail berumur 24 tahun dan G. Poovalingam serta Rustam Sakka, masing-masing berusia 39 tahun dan 31 tahun.

“Siasatan mendapati pemandu lori menghidupkan enjin sebelum kenderaan itu mengundur lalu merempuh pejabat kaunter Puspakom,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata, semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini