DUNGUN – Seorang pembantu kedai tidak sempat menikmati durian yang dibawa apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di Kilometer 18, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini kelmarin.
Mangsa, Nik Nur Afera Nordin, 26, yang cedera pada kaki maut selepas dua jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Dungun di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal menuju ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Bukit Besi.
Memuatkan artikel berkaitan…











