LONDON – Pengarah sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo berkata sehingga kini kelab Perancis itu masih belum menerima tawaran yang menjaminkan bagi terhadap Neymar.
Penyerang Brazil itu dikaitkan bakal meninggalkan juara Ligue 1 itu pada pasaran perpindahan dan dikaitkan akan berpatah balik ke bekas majikannya, Barcelona.
“Jujurnya, masih ada apa-apa sejak kali terakhir kami berbincang. Tiada langsung.
“Tiada tawaran konkrit untuk Neymar dan dia masih kekal bersama kami. Dia masih pemain PSG.
“Saya ulang, tiada tawaran konkrit. Situasi yang sama untuk 10 hari,” katanya.
Difahamkan PSG meletakkan tanda harga 222 juta euro (RM1.025 bilion) terhadap Neymar malah telah menolak tawaran 40 juta euro (RM184 juta) berserta Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele. – AGENSI











