Tiada manfaat kaji selidik peralihan kuasa - Utusan Malaysia

Tiada manfaat kaji selidik peralihan kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Sebarang kaji selidik tentang tempoh pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya mengganggu usaha beliau memulihkan ekonomi dan membebaskan negara daripada cengkaman rasuah serta salah laku kerajaan terdahulu.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon berkata, tiada keperluan bagi mana-mana pihak membuat kaji selidik sedemikian rupa kerana tidak memanfaatkan negara.

“Meskipun, mempunyai ramai ahli Kabinet tanpa pengalaman, Dr. Mahathir cemerlang memimpin negara dalam menghadapi pelbagai tekanan menangani skandal-skandal besar yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, badan pemikir kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa kaji selidiknya mendapati 75 peratus responden berpendapat Dr. Mahathir harus berundur sebagai Perdana Menteri dalam tempuh dua tahun.

Manakala 25 peratus lagi beranggapan tidak ada keperluan sama sekali untuk Dr. Mahathir melepaskan jawatan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini