Terus diiktiraf dunia - Utusan Malaysia

Terus diiktiraf dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kisah kejayaan kumpulan Korea paling popular pada masa kini, Bangtan Boys (BTS) terus menerima pengiktarafan dunia. Kali ini dari negara Timur Tengah iaitu Anugerah Dubai Stars! Selain daripada BTS, kumpulan EXO juga antara yang tersenarai.

Dubai Stars adalah anugerah yang diiktiraf oleh syarikat hartanah terkenal di Dubai dan diilhamkan sendiri oleh jutawan di sana. Menerusi Dubai Stars, nama penerima anugerah akan diabadikan di laluan pejalan kaki jalan Sheikh Mohammed bin Rashid.

Anugerah Dubai Stars diinspirasikan daripada Walk of Fame di Hollywood dan sebagai tanda penghargaan buat personaliti dunia yang berbakat besar dan mampu memberikan impak positif di dalam kategori muzik, filem, seni, seni bina, sukan, sastera, media sosial, pengaruh media, inovasi dan kerja sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, seramai 400 bintang terkenal termasuk Dwayne Johnson, Jackie Chan dan Shah Rukh Khan akan hadir pada majlis khas yang bakal diadakan pada Oktober nanti.

Lebih menarik, peminat boleh mengundi sehingga 31 Julai ini untuk tiga artis kegemaran bagi dicalonkan dalam Anugerah Dubai Stars.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini