Terpulang pada Azmin - Xavier - Utusan Malaysia

Terpulang pada Azmin – Xavier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Julai – Terpulang kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil tindakan apa bagi membersihkan namanya yang kini dikaitkan dengan skandal seks sejenis ekoran tersebarnya video berkenaan hampir sebulan lalu.

Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar berkata, pandangan beliau selaku kepimpinan kanan parti adalah sama sepertimana diputuskan Biro Politik PKR baru-baru ini yang membiarkan polis menyiasat perkara tersebut.

“Saya sebagai Naib Presiden, kita telah buat keputusan dalam Biro Politik, pertamanya bagi polis siasat dan lepas itu untuk dapatkan maklumat terkini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu sahaja. Soal adakah Yang Berhormat Azmin Ali akan ambil tindakan sewajarnya (mahkamah) itu bergantung pada beliau sendiri untuk ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Xavier diminta mengulas gesaan Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang mahu Mohamed Azmin menggunakan mahkamah bagi membersihkan namanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku dia adalah satu daripada dua lelaki dalam video tersebut sebelum ini mencabar Mohamed Azmin menyamannya jika tuduhannya itu fitnah seperti didakwa Timbalan Presiden PKR tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini